Thursday, 5 April 2018

Belajar Google Adwords

Kini aku mula berjinak-jinak nak belajar mengenai Google Adwords. Disebabkan ia juga benda penting perlu dikuasai oleh usahawan internet. Tanpa iklan, bagaimana orang kenal akan kewujudan perniagaan kita. 

Kebanyakkan orang mencari sesuatu di enjin carian Google. Ia adalah kerana carian ia mudah dan pantas. Dalam beberapa saat sahaja carian anda akan terpapar di enjin carian Google. 

Cuba taip 'Kelas Al-Quran' atau 'barang baby murah'. Secara serta-merta pengguna akan sedar kewujudan model perniagaan anda. 

Orang tidak mencari di kotak Facebook search kerana tak semua apa yang kita cari ada di situ. Ada pun ia cuma posting-posting pengguna FB. Di enjin carian Google, sumber ilmu itu luas. Jadi, kenapa tidak kita cuba belajar menguasainya.

Untuk belajar mengenai Google Adwords, bolehlah anda pergi ke laman blog sifuadwords.my. Dari situ anda akan kenal Sifu Wanmus. Terima kasih kerana kongsi ebook pada pengguna. eBook amat bagus dan menarik serta ringkas. Senang nak dibaca`

Selamat menguasai ilmu Google Adwords!



Tuesday, 3 April 2018

Berjaga Malam

Aku kini lebih kerap berjaga malam disebabkan mencari idea barang apa perlu dijual di eBay. Menjadi kebuntuan bagi aku kerna setiap kali aku listing di eBay, pasti tiada siapa mahu beli.

Mungkin ada kesilapan di mana-mana yang perlu aku perbaiki.

Sekarang aku lebih banyak masa ketika di waktu awal pagi. Anak dan isteri sudah tidur. Jadi senanglah aku untuk mencari idea barang apa perlu dijual di eBay. Kadang-kadang pukul 4 pagi baru aku tidur.

Keesokkan paginya pula aku kena berkhidmat di sektor kerajaan. Malamnya pula aku bermain dengan anak dan isteri aku. Setelah mereka tidur, baru aku mengorak langkah untuk memikirkan mengenai perniagaan atas talian.

Begitulah rutin harian aku. Semoga aku berjaya kelak. Amin

Wednesday, 20 December 2017

Boleh Ke Berniaga Di Shopee?

BOLEH KE BERNIAGA DI SHOPEE?
Boleh je berniaga di Shopee tapi.... Ada tapinya..
Kena ada modal sendiri dulu. Kalau tak ada modal sendiri, tak payah nak berangan nak berniaga di Shopee.
Sebab apa?
Sebab Shopee ini ada Buyer Protection. Duit yang dibayar oleh pelanggan anda akan dipegang dulu. Jadi kenalah pakai duit sendiri dulu untuk beli barang.
Kau kena bagi tracking number dan kena poskan barang tu. Bila barang dah diterima pada pembeli, barulah dapat duit tu.
Senang?
Senang kalau ada modal besar. Susah kalau tak ada modal.
KENAPA DUIT KENA PEGANG?
Pernah tak dengar cerita orang beli barang kat Mudah.my lepas tu penjual minta bank in lepas tu dia senyap je? Lepas tu viralkan di FB yang penjual tu penipu?
Sendiri cari penyakit. Dahlah Mudah.my tu tak ada Buyer Protection, dah tentu kat situ banyak scammer cari duit dengan menipu orang. Tapi tak semualah. Ada je penjual yang jujur. Aku pun pernah juga berniaga di situ. Dan aku juga pernah ditipu kat situ.
Jadi, Shopee jaga pembeli dari ditipu oleh penjual. Sebab itu duit kena 'hold' dulu sehingga pembeli dapat barang tu dan dia puas hati baru dia tekan 'Order Received'. Dan kau pun dapatlah duit tu.
Amacam, mau ka berniaga di Shopee?

Sunday, 5 November 2017

Jual Hotwheels, Dapat RM194


Alhamdulillah barang Hotwheels sampai ke destinasi. Lega rasanya. Ingatkan ada masalah. Sebabnya lupa nak isi maklumat di belakang sampul Flexipack. Mana tau kena pulang semula ke.

Mujurlah pembeli ni boleh toleransi. Tiap-tiap hari dia mesej aku barang dah sampai mana. Aku ada beri jaminan pada dia dalam masa 2 minggu barang akan sampai. Kalau tak sampai lagi, aku akan 'refund' duit dia. Begitu tinggi aku punya keyakinan. Bila difikirkan memanglah rugi. Tapi demi kepuasan pembeli, kenalah terima je.

Sekarang barang dah sampai, harapnya dia puas hati. Jangan dia nak 'return' barang sudahlah. Nak 'return' ni penjual kena bayar 'Shipping Label'. Harga untuk penghantaran semula pun dah sama harga barang. Kalau dah begitu, kenalah 'refund'.

Beginilah lumrah perniagaan di eBay.

Monday, 8 May 2017

Lama Sudah Tidak Berblogging

Assalamualaikum.

Lama sudah aku tidak berblogging sejak ada anak ini. Tiada masa untuk aku update post terbaru.

Al maklumlah bila sudah ada anak ini. Lagi-lagi ada berniaga secara sambilan. Usahkan nak kemaskini blog, nak jenguk Facebook pun dah jarang.

Ini gara-gara perniagaan sambilan yang aku buat membuatkan tiada masa untuk aku bersosial. Sehingga aku tidur lewat.

Ini normal dalam berniaga. Kena berkorban. Bersengkang mata demi mencari rezeki. Tapi hasilnya memang menarik. Dalam 2 minggu aku buat bisnes ini, sudah berjaya mendapat RM1k. Yang aku nak bagitau ni, ini bukan bisnes MLM ye. Ini real bisnes. Bisnes jual barang dropship.

Mann Jadda, Wajada.

Maksudnya, Barangsiapa yang bersungguh-sungguh, maka ada hasilnya.

Percaya pada hal itu. Kita akan dapat hasilnya. Bukan goyang-goyang kaki sambil baring di kerusi malas terus dapat hasil.

Anda nak tahu saya buat bisnes apa? Boleh ikuti kemaskini seterusnya ye.

Wednesday, 23 November 2016

Waktu Tidur Tuah

Sekarang ni Tuah dah tak tidur pada waktu Maghrib. Sebelum ni kami ibubapa kena tidurkan dia pada waktu Maghrib. Tidur dalam setengah jam lepas tu pukul 10 tak 'sharp' kami akan cuba tidurkan dia.
 
Bagusnya Tuah ni dia jarang berjaga malam. Jika ada pun merenggek nak menyusu. Tugas buatkan susu ini aku yang buatkan.
 
Sekarang Tuah dah menjangkau usia 8 bulan. Jadi kami kena ubah waktu tidur dia. Waktu Maghrib memang kami tak akan bagi dia tidur. Kami ajak dia bermain sehingga pukul 10 malam. Barulah kami cuba untuk tidurkan dia.
 
Begitulah ceritanya. hehe

Thursday, 17 November 2016

Tolonglah Wahai Lelaki

Pukul 5.15 pagi tadi isteri aku bangun untuk menyediakan bubur untuk anak aku manakala aku pula jaga anak yang sedang tidur. Kami tidur berasingan sebab nak bagi budak berTuah tu tidur sama dengan ibunya. Aku tidur beralaskan toto narita Amran manakala isteri dan anakku berTuah tidur di atas katil.

Selepas isteri pergi ke dapur, aku pula ambil posisi tempat tidurnya demi menjaga Tuah. Susu dan lampin sudah aku siapkan. Mana tau dia merenggek nak susu, tak adalah aku nak berkejar-kejar nak buat susu bukan?

Bila dia merenggek je aku bagi susu berisi 4 auns susu. Dah habis minum susu, aku tukarkan lampin. Untuk keselesaan dia juga. 1 malam tak sah jika tak penuh air kencing. Selepas tu bagi dia tidur. Si Tuah ni memang tak berjaga malam. Senang nak jaga dia ni. Jika ada pun merenggek nak minta susu.

Pukul 6.30 isteri aku dah siap mandi apa bagai. Turn aku pulak pergi mandi dan bersiap. Dalam pada masa yang sama, aku masakkan air panas. Tak adalah masa aku terbuang macam tu je kan.

Selepas bersiap dan solat, aku cuci botol susu yang telah digunakan. Rendamkan dengan air panas. Air panas selebihnya masuk ke dalam termos. Air kosong dalam jug Tupperware juga kena tukar.

Ada masa sedikit aku jemurkan baju dan kain. Enjin kereta awal-awal aku dah hidupkan. Nak bagi ia panas dulu kan. Takkan hidupkan enjin kereta macam tu terus gerak ye tak?

Masing-masing dah siap kami bersiap pun pergi kerja. Sebelum tu tengok anak dulu. Tengok muka dia tengah tidur. Kahkah (tak lawak).

Begitulah rutin harian aku di pagi hari. Bukan nak menunjukkan riak dan bajet bagus ke apa. Inilah tugas seorang lelaki. Ringankan beban tanggungjawab isteri tu. Sebagai lelaki kita kena berlaku adil. Jangan pentingkan diri sendiri.

Bukan apa, pagi tadi aku dengar celotehan DJ Radio Bernama 24 tu dia ada membaca luahan seorang wanita ni. Balik je kerja kena kemas rumah dan siapkan anak lagi. Sang suami pula berbaring melayan Facebook dan WhatsApp. Anak menangis dibiarkan. Kasihan.

Segala barang dapur si isteri yang beli. Bil air dan letrik dia juga bayarkan. Aik, suami tu apa tanggungjawab dia tu? Tahu nak mintak 'tu' je ke. Tapi peliknya, seluar jeans berharga RM400 boleh pula beli. (???????)

Aku memang pantang lelaki ni berkira  bila isteri minta duit tapi mampu nak beli barang yang dia nak. Lelaki macam ni memang pentingkan diri sendiri.

Isteri pun perlukan masa untuk rehatkan mental dan fizikal. Jadi turn suami pula take over. Jangan harapkan isteri anda jaga anak dan buat kerja rumah 100%. Kasihanilah isteri anda. Dia dah lahirkan anak anda tapi anda pula bermalas-malasan nak jaga.

Janganlah sibuk dengan berFacebook dan berWhatApp. Tolong isteri di dapur tu ha. Sejuk sikit hati isteri anda bila lihat anda tolong sikit. Ringanlah sikit beban dia tu. Berlaku adillah sikit.

Semalam keluar kat surat khabar di muka depan berlakunya banyak kes cerai. Mungkin salah satu puncanya adalah kemalasan sang suami berkerjasama dengan isteri dalam hal rumah tangga. Tahu serahkan tugas pada isteri je.

Tolonglah sang suami. Berlaku adillah pada isteri anda. Anda bukan bujang lagi. Terimalah hakikat. Tolonglah isteri anda dalam hal kerja rumah.

Terima kasih pada isteriku kerana melahirkan Tuah dan membuat kerja itu ini sehingga mengadu sangat meletihkan. Tak apa. Saya ada untuk tolong mana yang patut.

Kita hidup bersama, senang bersama dan susah pun bersama.

Suamiku Encik Rizuan <----Novel bakal diterbitkan.😁
16 Nov 2016
8.55 am