Thursday 17 November 2016

Tolonglah Wahai Lelaki

Pukul 5.15 pagi tadi isteri aku bangun untuk menyediakan bubur untuk anak aku manakala aku pula jaga anak yang sedang tidur. Kami tidur berasingan sebab nak bagi budak berTuah tu tidur sama dengan ibunya. Aku tidur beralaskan toto narita Amran manakala isteri dan anakku berTuah tidur di atas katil.

Selepas isteri pergi ke dapur, aku pula ambil posisi tempat tidurnya demi menjaga Tuah. Susu dan lampin sudah aku siapkan. Mana tau dia merenggek nak susu, tak adalah aku nak berkejar-kejar nak buat susu bukan?

Bila dia merenggek je aku bagi susu berisi 4 auns susu. Dah habis minum susu, aku tukarkan lampin. Untuk keselesaan dia juga. 1 malam tak sah jika tak penuh air kencing. Selepas tu bagi dia tidur. Si Tuah ni memang tak berjaga malam. Senang nak jaga dia ni. Jika ada pun merenggek nak minta susu.

Pukul 6.30 isteri aku dah siap mandi apa bagai. Turn aku pulak pergi mandi dan bersiap. Dalam pada masa yang sama, aku masakkan air panas. Tak adalah masa aku terbuang macam tu je kan.

Selepas bersiap dan solat, aku cuci botol susu yang telah digunakan. Rendamkan dengan air panas. Air panas selebihnya masuk ke dalam termos. Air kosong dalam jug Tupperware juga kena tukar.

Ada masa sedikit aku jemurkan baju dan kain. Enjin kereta awal-awal aku dah hidupkan. Nak bagi ia panas dulu kan. Takkan hidupkan enjin kereta macam tu terus gerak ye tak?

Masing-masing dah siap kami bersiap pun pergi kerja. Sebelum tu tengok anak dulu. Tengok muka dia tengah tidur. Kahkah (tak lawak).

Begitulah rutin harian aku di pagi hari. Bukan nak menunjukkan riak dan bajet bagus ke apa. Inilah tugas seorang lelaki. Ringankan beban tanggungjawab isteri tu. Sebagai lelaki kita kena berlaku adil. Jangan pentingkan diri sendiri.

Bukan apa, pagi tadi aku dengar celotehan DJ Radio Bernama 24 tu dia ada membaca luahan seorang wanita ni. Balik je kerja kena kemas rumah dan siapkan anak lagi. Sang suami pula berbaring melayan Facebook dan WhatsApp. Anak menangis dibiarkan. Kasihan.

Segala barang dapur si isteri yang beli. Bil air dan letrik dia juga bayarkan. Aik, suami tu apa tanggungjawab dia tu? Tahu nak mintak 'tu' je ke. Tapi peliknya, seluar jeans berharga RM400 boleh pula beli. (???????)

Aku memang pantang lelaki ni berkira  bila isteri minta duit tapi mampu nak beli barang yang dia nak. Lelaki macam ni memang pentingkan diri sendiri.

Isteri pun perlukan masa untuk rehatkan mental dan fizikal. Jadi turn suami pula take over. Jangan harapkan isteri anda jaga anak dan buat kerja rumah 100%. Kasihanilah isteri anda. Dia dah lahirkan anak anda tapi anda pula bermalas-malasan nak jaga.

Janganlah sibuk dengan berFacebook dan berWhatApp. Tolong isteri di dapur tu ha. Sejuk sikit hati isteri anda bila lihat anda tolong sikit. Ringanlah sikit beban dia tu. Berlaku adillah sikit.

Semalam keluar kat surat khabar di muka depan berlakunya banyak kes cerai. Mungkin salah satu puncanya adalah kemalasan sang suami berkerjasama dengan isteri dalam hal rumah tangga. Tahu serahkan tugas pada isteri je.

Tolonglah sang suami. Berlaku adillah pada isteri anda. Anda bukan bujang lagi. Terimalah hakikat. Tolonglah isteri anda dalam hal kerja rumah.

Terima kasih pada isteriku kerana melahirkan Tuah dan membuat kerja itu ini sehingga mengadu sangat meletihkan. Tak apa. Saya ada untuk tolong mana yang patut.

Kita hidup bersama, senang bersama dan susah pun bersama.

Suamiku Encik Rizuan <----Novel bakal diterbitkan.😁
16 Nov 2016
8.55 am

No comments:

Post a Comment